Sunday, May 30, 2010

Monday, May 24, 2010

HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI DI ;

012-9293827 ( YANA )
017-6395476 ( IKA )

ATAU DATANG KE ALAMAT ;

YANA HAIR & BEAUTY SALON
1006-2 KAMPUNG TOK KAPOR BINJAI,
24000 KEMAMAN TERENGGANU.

DEPAN PASAR BINJAI
( Jalan ke Tanah Perkuburan Islam Binjai )

CAWANGAN BARU
D'YANA RIAS SALON
3563 TINGKAT ATAS RUMAH KEDAI, TAMAN SEMARAK BINJAI
24000 KEMAMAN TERENGGANU
( atas hardware Berkat Niaga / Al-Baik )

Wednesday, May 19, 2010

SAUNA



KAMI JUGA MENYEDIAKAN KHIDMAT SAUNA

DAN KETAHUI KELEBIHAN² BERSAUNA


HERBA RAMUAN TRADITIONAL RM 15.00 1 SESI ( PERLANGSINGAN )
Kaedah traditionl membantu melancarkan peredaran darah. Baik untuk penjagaan perut buncit, pinggang berlemak,peha berisi, mengelak kulit kaki dari cepat berkedut, baik untuk wanita lepas bersalin

HERBA AROMATERAPI RM 20.00 1 SESI ( PERLANGSINGAN )
Kaedah aromaterapi membantu menghilangkan stress dan menenangkan fikiran seseorang serta dapat menyegarkan badan. Membuang toksin di dalam badan serta membakar 406 kalori dan lemak selama 30 minit bersauna.

PAKEJ MANDI WAP                 
Herba Ramuan Tradisional
PAKEJ 1
2 SESI RM 25

PAKEJ 2
3 SESI RM 38

PAKEJ 3
4 SESI RM 48

PAKEJ 4
5 SESI RM 55

( Setiap pakej perlu dihabiskan dlam tempoh sebulan ) sila buat temujanji utk rawatan sauna ini.

FAEDAH DAN KHASIAT BERSAUNA
1) Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan turunkan berat badan. Ini adalah kerana dengan bersauna kadar metabolisme badan akan meningkat dan ini akan meningkatkan kadar pembakaran kalori dalam badan.

2)Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan kita untuk melancarkan peredaran darah, proses mengeluarkan peluh yang menyebabkan badan kita sedang ‘bersenam’ secara selamat dan istirehat. Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori.

3) 3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air selepas dan sebelum bersauna.

4) Bila-bila masa anda boleh lakukan sauna.Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.

5) Untuk yg dalam pantang,Sangat baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan anda. Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi. Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.

6) Untuk menurunkan berat badan dengan lebih pantas apabila kita bersauna, kita harus mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan mempunyai kalori yang tinggi.

7) Anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.

8) Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan ..Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.

Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan.

Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan
resdung (sinus),
bronchitis (radang paru-paru)
alahan dan asma (lelah).

Khasiat – kasiat lain adalah
1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .
2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak
3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

KEBAIKAN SAUNA

Tips Bersauna
• Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
• Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
• Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan
• Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.

Tips Untuk Mengurangkan Berat Badan:
• Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi .
• Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya

Bersauna/Mandi Wap sama seperti anda berjogging atau bersenam iaitu mengeluarkan peluh cuma kaedahnya berbeza. Seluruh keluarga anda boleh mencuba!!

* Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
* Aerobik 30 minit membakar 400 kalori
* Berbasikal 30 minit membakar 250-500 kalori
* Jogging 30 minit membakar 300 kalori
* Berenang 30 minit membakar 400 kalori

Lain-lain kebaikan sauna adalah seperti berikut:
* Membakar lemak dan menurunkan berat badan
* Memulihkan luka dalaman selepas bersalin dan menyegarkan tubuh badan
* Membuang toksik melalui pelu
* Melancarkan perjalanan darah

Tuesday, May 18, 2010

RAMBUT GUGUR KERING DAN BERCABANG

RAMBUT GUGUR,KERING DAN BERCABANG
PERAPI, boleh dipakai lepas bershampoo.perapkan perapi dikepala for 5min then bilas gune air biasa.

SERUM, lepas korunk sudah mandi,sapukan serum di ujung2 rambut.jangan sesekali korunk sapu smpai ke akar kepala.pasal serum ini akan matikan akar2 rambut korunk.that's why stengah orang cakap pkai serum ni xmnjadi sdangkan die slah sapu.

STIM,untuk rawatan stim rambut,korang bleh gunakan sebarang jenis cream yg ade.Seperti cream hair treatment yang mane2 ade kat kedai contohnya sunsilk.stim ni tujuan die nak kuat an akar n bleh jgak ntuk lembut an rambut.untuk buat dirumah,ambik tuala yang direndam air panas,then balut kat rambut stelah melumur an cream hair treatment ituh.urut an kepala selama 5min and biarkan selama sejam.buat hair treatment ini sekali seminggu.

Kalo nak much effective buat la kat saloon..DATANG la ke YANA HAIR & BEAUTY SALOON pun blh gak..

P/S RAMBUT SEKURANG-KURANGNYA PERLU DISHAMPOO 2 KALI SEHARI

Boleh JUGA buat macam ni:

TRIM
TRIM HUJUNG RAMBUT YANG BERWARNA KEKUNINGAN DAN PECAH²

1. buang dulu rambut bercabang tu...caranya ambil sikit rambut dan pintal2 sampai nanti yang bercabang2 tu terkeluar, zapp kan dengan gunting

2. beli minyak rambut hindu yang warna hijau / minyak kelapa asli ada jual kat kedai hindu atau minyak masak pun boleh..sapu minyak ni mula2 kat kulit kepala, selak selai demi selai...lepas tu sapu kat seluruh kepala dan setiap helai rambut....biarkan semalaman / sejam dua pun boleh gak.

3. basuh rambut dengan air sejuk (jangan air suam, air suam akan rosakkan rambut lagi cepat), lepas tu shampoo off the minyak2 tu...

4. some people tak tahan berconditioner takut naik kelemumur kalau tak sesuai so apa yang boleh disubstitutekan, masa dah bilas rambut bersih2, ambil beberapa itik minyak zaitun dan sapukan pada rambut, lepas tu bilas sekali lagi....

this way kalau amalkan betul2 insyaAllah rambut cantik, susah nak beruban dan no cabang2....

selain dari itu, eat right please do not do extreme diet....

lagi satu, kalau nak sikat rambut guna sikat yang jarang2 dan besar (kat salon selalu pakai sikat jenis tu) and sikat masa rambut kita sedang lembab, jangan overdo dengan lerai2kan rambut yang kusut cara paksa sebab cara tu lagi senang rambut nak bercabang...

kalau kaler rambut, pls make sure ada supplements/hair mask/ serum yang sesuai untuk jaga kesihatan rambut tu...

TIP / PETUA PENJAGAAN RAMBUT

Betul ker? Sekarang ni ramai orang tak kiralah lelaki atau perempuan yang suka mewarnakan rambut dan membuat rebonding. Lepas tu mereka menggalami masalah rambut gugur , kering dan tidak bermaya. Kenapa yek??
Jika anda membuat rebonding atau mewarnakan rambut. Anda juga haruslah membuat rawatan rambut.

Salah satu cara untuk megembalikan kesegaran rambut adalah menggunakan moisturizer rambut atau toner rambut.

Ini akan menggelakkan rambut anda menjadi kusam dan tidak bermaya.

Satu lagi cara adalah stim atau wapkan rambut ,

kalau boleh setiap minggu.

Kebaikan stim rambut adalah ianya untuk melembutkan rambut dan juga membersihkan kulit kepala kita jika kita menggalami kelimumur.

Kelimumur akan hadir jika ubat rebonding atau pewarna rambut terkena di kulit kepala.
Di sini saya akan turunkan beberapa panduan tentang penjagaan rambut. Harap ianya dapat dimanfaatkan kepada pembaca semua.
*Panjangkan Rambut*

Ambil sekurang2nya empat batang serai. Rebus dan biarkan ia mendidih.Kemudian,biarkan sejuk dan Basahkan rambut.Biarkan selama setengah jam.Kemudian bersihkanRambut anda Lakukan dua kali seminggu.
*Lembutkan Rambut*

Jika anda bercadang untuk shampoo rambut pada pagi esok Malam sebelum tidur hendaklah anda menyapukan minyak Bayi keseluruh bahagian rambut,pada pagi esoknya,syampulah Rambut anda seperti biasa. Anda akan dapat rambut anda lembut seperti biasa.
*Menghitamkan Rambut*

Ambil putih telur dan sedikit syampu yg biasa di gunakan.Gaulkan kedua-duanya kemudian lumurkan pada rambut anda dengan menggunakan sikat. Tunggu sehingga setengah jam,selepas itu cuci rambut anda. Selamat mencoba.
*Elakan rambut gugur*

Gunakan santan yang di perap semalaman, Ambil patinya yang timbul di permukaan. Sapu rata di kepala dan balut kepala dengan tuala selama satu jam. Selepas itu basuh rambut sebersih-bersihnya. Lakukan dua kali seminggu.Insya Allah masalah rambut gugur tiada lagi.
*Khasiat Buah mengkudu*

Ambil tiga biji buah mengkudu yg sudah tua,Campurkan dgn sedikit air kemudian ramas dan tapis.Ambil airnya,lumurkan ke rambut yang berkelelumur.Biarkan selama 5 minit.Setelah itu cuci dengan sabun mandi.Dan lakukan beberapa kali sehingga kelelumur hilang.
*Mengatasi Rambut Gugur*

Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda. Tumbuk hinga lumut.Gosokan pada kulit kepala dan biarkan hingga kering, Kemudian,bilas dgn air suan dan cuci rambut menggunakan shampu. yang sesuai dengan anda.

RAMBUT ADALAH MAHKOTA WANITA - TEKNIK REBONDING

ANTARA RAWATAN RAMBUT BIASA KITA DENGAR

TEKNIK REBONDING

INGIN MENCUBA?

• rawatan kimia pada rambut
• tujuan adalah untuk membuat rambut anda lurus, licin dan berkilat sampai silau mata memandang.
• bergantung kepada panjang, jenis dan ketebalan rambut
proses

• rambut dibasuh dengan syampu.
• tanpa conditioner
• keringkan rambut sepenuhnya
• rambut dibagikan kepada beberapa bahagian lapisan
• krim pelembut atau relaxant diratakan pada setiap bahagian rambut menggunakan kepingan plastik untuk mengekalkan kelurusan dan kebendulan rambut
• krim pelembut atau relaxant disapukan pada rambut sekurang2 nya 30 minit , bergantung kepada jenis rambut. jangan lama sangat. mudarat nanti.
• kemudian rambut stim 10 -40 mnt, bergantung pada keadaan dan jenis rambut.
• bilas rambut
• rambut ditiup kering blow dryed
• kemudian aplikasikan losyen keratin 
• gunakan flat iron untuk luruskan rambut dan leraikan mana2 rambut yang masih keriting
• iron jangan lebih dari 180 darjah.
• iron seramik adalah lebih bagus dari iron metal
• rambut anda aka di iron oleh pakar di salon sehingga lurus dan berkilat.
• rambut sekali lagi dibahagi2 kan dineutralkan dengan neutraliser bagi menstabilkan rambut yang koma. selama 30 mnt
• bilas neutraliser tersebut dengan air sejuk
• keringkan rambut
• aplikasikan serum rambut pada rambut
• iron rambut untuk kali terakhir
• SIAP!

anda dilarang mencuci rambut untuk sekurang2nya 3 hari . kalau ko basuh kang rambut kau kembang aku tak tau..

• jangan klip rambut
• jangan ikat rambut dengan getah rambut
• pakai shower cap untuk elak rambut dari basah. kalau hujan?
• pakaila tudung kalis air. wakakkaka
macam mana nak jaga rambut rebonding ni?
• gunakan syampu khas rambut lurus
• guna conditioner setiap kali selepas mencuci rambut
• gunakan serum rambut selepas mengeringkan rambut menggunakan tuala
• gunakan mask rambut yang natural sekali seminggu sebelum mencuci rambut.
• maksud natural itu adalah seperti aloe vera gel, minyak zaitun bersama telur (yucks!)
• minyakkan dan stim rambut setiap 15 hari. contohnya balutkan kepala dengan tuala yang direndam dengan air suam.
• banyakkan makan kekacang.

Monday, May 17, 2010

PROMOSI PEMBUKAAN 2010



TEKNIK REBONDING

PARAS BAHU RM 45.00
PARAS PINGGANG RM 100.00
( Mengikut pada tebal dan panjang rambut )








KERINGTING

PARAS BAHU RM 30.00
PARAS PINGGANG RM 80.00
(Mengikut pada tebal dan panjang rambut )




GUNTING RAMBUT

KANAK-KANAK DAN DEWASA RM 5.00

CUCI RAMBUT

CUCI DAN URUTAN SELAMA 10-15 MIN  RM 10-RM 15
( Mengikut pada lebat dan panjang rambut )

WARNA RAMBUT

BLEACH    1 LINE RM5.00 * 5 LINE RM 20.00
( HIGHLIGHT PUN LEBIH KURANG INI HARGA )

BLEACH /HIGHLIGHT
PARAS BAHU UNTUK 1 KEPALA RM 40.00
PARAS PINGGANG UNTUK 1 KEPALA RM 80.00

LAIN² RAWATAN RAMBUT

STIM
a ) PARAS BAHU KE ATAS -  RM 15
b ) PARAS KETIAK KE BAWAH - RM 20
c ) PARAS PINGGANG KE BAWAH - RM 30
( SEELOK²NYA LAKUKAN 1-2 KALI SEBULAN )

HAIR SCRUB
a ) PARAS BAHU KE ATAS - RM 15
b ) PARAS KETIAK KE BAWAH - RM 30
c ) PARAS PINGGANG KE BAWAH - RM 40
( Untuk rambut rosak spt ; kusam,kering,berbuah n kelemumur )
KHIDMAT CABUT UBAN

1 JAM - RM 10.00IRON KOSONG



 
PARAS BAHU - RM 10
PARAS KETIAK KE BAWAH - RM 20
( IRON KOSONG YANG KERAP BOLEH ROSAKKAN TEKSTUR RAMBUT )

BSY PRODUK - NONI BLACK HAIR MAGIC

TESTIMONI

 



NONI BSY BLACK HAIR MAGIC DIPERBUAT DARI INTIPATI TUMBUHAN HERBA SEMULAJADI.

Ia mengandungi herba berkhasiat seperti Buah Noni ( Mengkudu), Ginseng asli, Ganoderma Lucidum yang memberikan nutrisi pada rambut dan kesihatan rambut yang maksimum. Dengan kombinasi pelbagai esen buah-buahan, amino acid, ZPT, collagen dan lain-lain menjadikan

NONI BSY BLACK HAIR MAGIC

sangat berkesan untuk menukar rambut anda menjadi hitam berkilat.

Syampu ini adalah pilihan terbaik kerana :
menghitamkan rambut dalam 10 minit !
mengatasi kelemumur degil,
mengatasi keguguran rambut
menghilangkan gatal kulit kepala,
memberi suplemen kepada akar rambut ,dan
menumbuhkan rambut baru.

NONI BSY BLACK HAIR MAGIC selamat dan sihat, tanpa pewarna rambut dan bahan kimia, ia kekal hitam dan tidak akan bertukar menjadi warna merah, lantas menjadi produk terbaik utk menggaya rambut.

NONI BSY BLACK HAIR MAGIC ini sangat baik untuk anda yang mengalami masalah uban. Penggunaan berterusan 4 kali sebulan akan menumbuhkan rambut baru yang hitam dan sihat. Ini kerana kandungan Ginseng akan meresap masuk ke dalam kulit kepala dan mengaktifkan sel melanocyte menghasilkan melanin lalu menumbuhkan rambut baru yang hitam.

2 CIRI NONI BSY BLACK HAIR MAGIC : MUDAH DAN JIMAT MASA
Formula saintifik tanpa bahan kimia tidak akan merosakkan rambut, dan tidak akan pudar warna. 6 kali lebih berkesan daripada shampu hitam rambut lain di pasaran. Hanya 7-10 minit, rambut terus hitam dan sihat.

MEMPUNYAI SIJIL HALAL ANTARABANGSA DISAHKAN BEBAS DARI BAHAN MERBAHAYA OLEH BIOCHEM LABORATORIES SDN BHD




















CARA PAKAI SYAMPU BSY


1. Memakai sepasang sarung tangan (bahagian akhir kuku anda akan menjadi kelabu oleh bahan aktif tumbuhan semulajadi, tetapi tidak menjejaskan kesihatan sama sekali)

2. Basuh rambut anda yang berminyak & keringkan, kemudian lembapkan sedikit rambut.

3. Ratakan syampu ke seluruh rambut seperti penggunaan syampu biasa dengan membenarkan syampu sampai ke akar rambut. Biarkan selama 7-10 minit. JIka rambut panjang,perlu berhati-hati untuk meratakan hingga ke seluruhan.

4. Kemudian, bilas rambut anda sehingga bersih dan sikat rambut seperti biasa. Hasilnya, rambut hitam yang anggun dan wajah tampak muda berseri.

WARNA HITAM ADALAH DARI WARNA SEMULAJADI BIJI NONI

Anda pasti tak kecewa..warna akan bertahan, sila ulang sekiranya belum berpuashati hitam sepenuhnya. Mungkin perlukan 2-3peket sebulan pertama.

PERTANYAAN BIASA MENGENAI SYAMPU NONI
Berapa lama rambut putih akan menjadi hitam ?

10 minit. Semasa meratakan syampu pun rambut sudah mulai hitam. Jadi, pastikan syampu diratakan dengan baik untuk mendapat rambut hitam berkilat.

Berapa lama tahan rambut hitam tu ?

Rambut yang sudah hitam selepas disyampu tidak akan kembali putih seperti sebelumnya. Apabila rambut putih yang baru tumbuh sudah banyak, ulanglah syampu sekali lagi.

Bolehkah rambut tumbuh hitam selepas menggunakan Syampu BSY ini ?

Boleh. Selepas penggunaan kerap ( 4 – 7 hari sekali ), selama beberapa bulan kemudiannya, rambut baru akan tumbuh hitam semula. Pakailah Enzim Noni untuk mempercepatkan keberkesanannya.

Adakah Syampu BSY ini seperti dye ?

Tidak. Syampu ini menyerap masuk ke dalam urat rambut, bukan menyelaputi seperti dye. Maka, ia sah di bawa solat. Adakah Syampu BSY ini akan luntur pada tudung selepas digunakan ? Tidak. Selepas bersyampu, bilaslah dengan bersih dan lap kering.Pastikan 7-10 minit aje.

Rambut saya gugur teruk, bagaimana cara untuk pakai syampu ini ?

Semasa mensyampu, pastikan syampu diratakan pada kulit kepala dan urutlah kulit kepala anda. Perap kepala lebih lama sehingga 20 minit. Pasti, akar rambut anda menjadi lebih kuat !Tambahan kepada syampu, cuba tambahkan enzim noni berselang antara tempoh bersyampu.

Kanak-kanak boleh pakai ? Boleh. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kelemumur, kulit kepala berkeping-keping, adalah digalakkan memakai syampu ini. Titiskan Enzim Noni pada tempat yang bermasalah teruk.

Adakah semua orang sesuai menggunakan syampu ini ?

Ya. Anda boleh menguji kesesuaian dengan menyapukan sedikit syampu dibahagian leher selama 10 minit. Jika tiada perubahan, anda boleh terus menggunakan syampu. Ujian ini adalah untuk mengenalpasti adakah anda alah kepada herba. Ada sesetengah org ALAH PADA HERBA ( sila baca panduan pada kotak). Jika ragu &takut kesan ini cuba dibahagian leher atau lengan. JIka ada tanda/perubahan maka jangan guna syampu. Jika masih berhajat, ubati dengan pengambilan enzim noni (membantu merawat alahan)

Peringatan : Sekiranya alah pada herba, sila dapatkan rawatan doktor, ada juga pengguna bersyampu melebihi waktu yg ditetapkan, maka bengkak, gatal dah sebagainya akan terjadi. Ini bukan alah herba tapi sbb salah guna. Harap maklum.

HARGA ;

1 KOTAK  RM 190.00
1 PAKET   RM 20.00

RAWATAN DI SALUN 1 SESI    RM 20-RM 30   UTK 1 KEPALA

Tuesday, May 04, 2010

PERASMIAN PEMBUKAAN PADA 16 APRIL 2010


SELAMAT DATANG - KINI DIBUKA

      
  1 HARI - POTONG RAMBUT PERCUMA

                   KELUARGA TERDEKAT              

SOKONGAN DRI MAK &AYAH

PENGUSAHA SALON

HAIR STYLISH

WALAUPUN RINGKAS & TIDAK BER'AIRCOND TAPI SELESA
MAGICBOO PRODUK
REBONDING RAMBUT PARAS LEHER INI RM 40 SHJ