Wednesday, May 19, 2010

SAUNA



KAMI JUGA MENYEDIAKAN KHIDMAT SAUNA

DAN KETAHUI KELEBIHAN² BERSAUNA


HERBA RAMUAN TRADITIONAL RM 15.00 1 SESI ( PERLANGSINGAN )
Kaedah traditionl membantu melancarkan peredaran darah. Baik untuk penjagaan perut buncit, pinggang berlemak,peha berisi, mengelak kulit kaki dari cepat berkedut, baik untuk wanita lepas bersalin

HERBA AROMATERAPI RM 20.00 1 SESI ( PERLANGSINGAN )
Kaedah aromaterapi membantu menghilangkan stress dan menenangkan fikiran seseorang serta dapat menyegarkan badan. Membuang toksin di dalam badan serta membakar 406 kalori dan lemak selama 30 minit bersauna.

PAKEJ MANDI WAP                 
Herba Ramuan Tradisional
PAKEJ 1
2 SESI RM 25

PAKEJ 2
3 SESI RM 38

PAKEJ 3
4 SESI RM 48

PAKEJ 4
5 SESI RM 55

( Setiap pakej perlu dihabiskan dlam tempoh sebulan ) sila buat temujanji utk rawatan sauna ini.

FAEDAH DAN KHASIAT BERSAUNA
1) Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan turunkan berat badan. Ini adalah kerana dengan bersauna kadar metabolisme badan akan meningkat dan ini akan meningkatkan kadar pembakaran kalori dalam badan.

2)Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan kita untuk melancarkan peredaran darah, proses mengeluarkan peluh yang menyebabkan badan kita sedang ‘bersenam’ secara selamat dan istirehat. Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori.

3) 3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air selepas dan sebelum bersauna.

4) Bila-bila masa anda boleh lakukan sauna.Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.

5) Untuk yg dalam pantang,Sangat baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan anda. Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi. Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.

6) Untuk menurunkan berat badan dengan lebih pantas apabila kita bersauna, kita harus mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan mempunyai kalori yang tinggi.

7) Anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.

8) Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan ..Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.

Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan.

Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan
resdung (sinus),
bronchitis (radang paru-paru)
alahan dan asma (lelah).

Khasiat – kasiat lain adalah
1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .
2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak
3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

KEBAIKAN SAUNA

Tips Bersauna
• Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
• Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
• Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan
• Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.

Tips Untuk Mengurangkan Berat Badan:
• Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi .
• Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya

Bersauna/Mandi Wap sama seperti anda berjogging atau bersenam iaitu mengeluarkan peluh cuma kaedahnya berbeza. Seluruh keluarga anda boleh mencuba!!

* Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
* Aerobik 30 minit membakar 400 kalori
* Berbasikal 30 minit membakar 250-500 kalori
* Jogging 30 minit membakar 300 kalori
* Berenang 30 minit membakar 400 kalori

Lain-lain kebaikan sauna adalah seperti berikut:
* Membakar lemak dan menurunkan berat badan
* Memulihkan luka dalaman selepas bersalin dan menyegarkan tubuh badan
* Membuang toksik melalui pelu
* Melancarkan perjalanan darah

No comments:

Post a Comment